Pages

Wednesday, July 20, 2011

Petunjuk Si "Dia" Hanya Ingin Berkawan

PERHATIAN penyeri kata yang diberikan kepada lelaki/perempuan memang akan membuat hati siapa pun berbunga-bunga. Tapi, bagaimana cara memastikan bahawa si dia juga menyimpan rasa yang istimewa?Kadang-kadang, lelaki akan bersikap manis namun hanya menganggap ANDA sebagai teman biasa. Hati-hati jika dia menunjukkan beberapa langkah berikut ini:

Mengajak Pihak Ke-3
Anda tak dapat menyembunyikan kebahagiaan ketika lelaki yang disukai akhirnya mengajak keluar bersama(date). Tapi, si dia yang mengajak tiga orang kawan lain untuk keluar dengan Anda. Jika seorang lelaki menginginkan Anda lebih dari sekadar "teman", dia tak akan menghabiskan masa bersama dengan orang yang spesial baginya itu dengan siapa pun juga.

Manis Tapi Bersahaja
Dia sering mengirimi Anda e-mail untuk mengatur pertemuan, memforwardkan teks yang menarik, atau sekadar ingin tahu khabar terbaru. Tapi, ketika membalas teks tersebut, dia kelihatan tidak berusaha untuk memanjangkan tempoh percakapan itu.

Tidak Berinisiatif
Jika bukan Anda yang mengirimkan SMS terlebih dulu, jangan harap Anda dapat menerima sebarang pesanan darinya. Kadang-kadang, berjam-jam lamanya SMS yang Anda kirim akhirnya mendapat balasan.

Meminta Nasihat Cinta
Meminta nasihat percintaan dari seorang gadis yang disukai mungkin menjadi strategi pendekatan efektif lelaki. Tapi, sebagai seorang matang, lelaki biasanya tidak meminta nasihat percintaan dari gadis lain tentang perempuan yang disukainya. Jika dia menyukai Anda, dia akan memastikan Anda mengetahuinya.

Aktiviti Spontan
Dia boleh saja mengirim SMS pukul enam petang(contohnya) untuk mengajak Anda makan malam atau menonton filem di panggung wayang. Itu ertinya, dia hanya mencari aktiviti kasualnya atau kebetulan memikirkan Anda. Tapi, jika lelaki itu menyukai Anda, dia akan memastikan Anda tidak "plan" sebarang aktiviti pada hari itu dan memberitahu niatnya dari awal-awal lagi.

Menolak Membayar
Zaman sekarang, lelaki dan perempuan semakin berdikari dalam hal kewajiban kewangan. Misalnya, saling bergantian membayar ketika bertemu(date). Tapi, ketika seorang lelaki menyukai seorang perempuan, kebiasanyanya di dalam dirinya akan terdetik untuk mengeluarkan dompet dan membayar semua bill yang ada. Jika Anda berkeras ingin membayar, pada akhirnya dia mungkin akan menyerah. Tapi, setidak-tidaknya dia akan menawarkan untuk membayar bagi share Anda.

No comments:

Post a Comment